• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

About Us

20141019_113814

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dahulu dikenali sebagai Institut Teknologi Darulnaim (ITD) memulakan operasinya pada tahun 1997. Pada tahun 2003, KTD telah diambil alih sepenuhnya oleh Syarikat Akar Ikhlas Sdn Bhd diketuai oleh Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman.

Kampus enam hektar dengan kapasiti 3,000 pelajar terletak di persekitaran strategik dan kondusif Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Ia berjarak 12 kilometer dari pusat bandar dan 3 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Kampus KTD berada dalam koridor pendidikan dikelilingi oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Perguruan Kota Bharu (IPG), Institut Penerbangan Asia Pasifik, Institut Dakwah Islamiah Perkim(IDIP)  dan Institut Latihan dan Perindustrian (ILP). KTD juga terletak bersebelahan Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di mana Kolej telah memanfaatkan dengan menjalinkan hubungan dengan Persatuan Penyewa-Penyewa kawasan Industrial MARA (PEWAKIM).

KTD berbeza dari kolej lain kerana berjaya menginstitusikan pembangunan nilai moral yang baik sebagai falsafah pendidikan dan kurikulum. Semua ini dibangunkan adalah untuk merealisasikan visi dan misi korporat KTD iaitu menyediakan pendidikan yang bersepadu berteraskan ketaatan kepada Tuhan dalam menghasilkan graduan yang Profesioanl, Berketerampilan dan Beretika bagi memenuhi keperluan sumber manusia negara.

Pendaftaran SESI 2021 masih dibuka. Jangan lepaskan peluang!!

DAFTAR SEGERA
X