• Call us: 09-774 9200
  • info@ktd.edu.my

Convocation Festival 2016

Search Courses

Embed HTML not available.

21 Ogos 2016, Pengkalan Chepa – Anggaran seramai 2000 pengunjung telah membanjiri tapak Festival Konvokesyen ke-4 (Fesko) Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) yang bertempat di KTD bermula dari 16 Ogos 2016 hingga 18 Ogos 2016. Fesko dimulakan dengan pembukaan Majlis Konvokesyen ke-4 yang dirasmikan oleh YBHG. Dato (Dr.) Hussamuddin bin Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf diikuti dengan penyerahan sijil dekan bagi setiap semester kepada pelajar, penyerahan sijil bestari, gemilang dan nilam.

fesko15

Bagi memeriahkan lagi Fesko pada kali ini, semua orang dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan yang dipertandingkan dan melihat pameran-pameran yang dianjurkan.  Selain meraikan graduan yang bergraduat, Fesko juga dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara mahasiswa dan pihak pengurusan universiti dan penduduk tempatan. Fesko turut menawarkan pelbagai aktiviti bagi menarik perhatian orang ramai yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

Antara pameran yang diadakan ialah pameran artilleri, amphibian car dan lain-lain lagi. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh mahasiswa KTD termasuklah pertandingan futsal, pertandingan drone, pertandingan mewarna, pertandingan drama, pertandingan nasyid, pertandingan dikir barat dan banyak lagi. Di samping itu, pihak pengurusan Fesko juga sempat menjemput artis iaitu Heliza Helmi bagi berkongsi pengalaman misi kemanusiaan di Gaza dan Syria. Sepanjang festival konvokesyen itu berlangsung, gerai jualan turut disediakan bagi memudahkan orang ramai untuk membeli makanan dan minuman.

Dengan wujudnya penganjuran Fesko yang melibatkan pertandingan dan pameran berbentuk elemen teknologi dan hiburan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kepada mahasiswa dan orang ramai. Secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan berlakunya aktiviti yang tidak berfaedah kepada orang ramai.