PENGENALAN DIPLOMA PENGURUSAN HARTA TANAH
Bidang Pengurusan Harta Tanah semakin berkembang maju dan penting di seluruh dunia termasuk Malaysia. Syarikat-syarikat pengurusan hartanah menjadi penyumbang yang sangat penting kepada pembangunan ekonomi negara.
Secara umumnya kursus ini adalah berkaitan dengan sektor harta tanah yang mana melibatkan kerja-kerja menilai untuk tujuan jual beli tanah, pengiraan cukai seperti cukai pintu, cukai keuntungan, cukai setem dan sebagainya. Ia juga berkaitan dengan pengurusan harta tanah yang meliputi pengurusan penyewaan, pemasaran dan penyelenggaraan bangunan seperti menguruskan kompleks membeli belah, ruang pejabat, rumah kedai serta bangunan.
Selain itu, graduan Diploma Pengurusan Harta Tanah (DDWF) dibekalkan dengan ilmu-ilmu teori yang meliputi bidang penilaian dan pelaburan harta tanah, pengurusan harta tanah dan juga agen harta tanah yang membolehkan mereka menjadi golongan profesional iaitu penilai, pengurus harta dan juga agen harta tanah. Graduan juga berupaya untuk memberikan khidmat nasihat kepada pelabur-pelabur harta tanah dalam membuat pemilihan jenis harta tanah yang boleh mendatangkan aliran pendapatan yang menguntungkan dan seterusnya meningkatkan nilai harta tanah.
Melalui tugasan, amali dan latihan praktikal yang dijalankan, mendedahkan pelajar kepada skop pekerjaan sebenar yang bakal mereka tempuhi apabila tamat pengajian.
Tambahan : Pelajar boleh menduduki Ujian Kecekapan Professional yang diadakan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Harta Tanah untuk melayakkan diri menjadi seorang Agen Harta Tanah atau Penilai yang berdaftar.
KTD KOLEJ TERBAIK KERJASAMA UTM

MAKLUMAT PROGRAM
Nama Program
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Kod Program
DDWF
Kelulusan KPT
(N/345/4/0122)(05/20)
Akreditasi MQA
PA 6481
Mode Pengajian
Sepenuh Masa
Tempoh Pengajian
2 Tahun 6 Bulan/ 5 Semester
Kemasukan
April & Disember
SIJIL AKREDITASI MQA


SIJIL DIPLOMA UTM
Diploma ini akan dianugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM, skudai


Pelajar bergraduasi di UTM


Pelajar KTD menerima anugerah graduan cemerlang


SYARAT KEMASUKAN
LULUS SPM dengan TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Matematik serta lulus Bahasa Inggeris.
SILIBUS PROGRAM

♦ INTRODUCTION TO REAL ESTATE
♦ PRINCIPLES OF ECONOMICS
♦ BUILDING TECHNOLOGY
♦ INTRODUCTION TO LAW
♦ VALUATION MATHEMATICS
♦ ENGLISH PROFICIENCY
♦ TITAS

♦ BUILDING SERVICES
♦ LAND INFORMATION AND LAND TENURE
♦ REAL ESTATE LAW
♦ VALUATION METHODOLOGY
♦ ENGLISH FOR ACADEMIC STUDY
♦ ETHNIC RELATION
♦ CO-CURRICULUM

♦ BUILDING MAINTENANCE
♦ REAL ESTATE INVESTMENT VALUATION
♦ STATISTICS FOR REAL ESTATE MANAGER
♦ ECONOMIC IN REAL ESTATE
♦ REAL ESTATE MANAGEMENT
♦ ISLAMIC INSTITUTIONS
♦ PROFESSIONAL ETHICS

♦ REAL ESTATE AGENCY PRACTICE
♦ REAL ESTATE DEVELOPMENT LAW
♦ INTRODUCTION TO ACCOUNTING AND FINANCE
♦ APPLIED VALUATION
♦ URBAN PLANNING & DEVELOPMENT CONTROL
♦ INTRODUCTION TO LAND DEVELOPMENT
♦ ENGLISH FOR PROFESSIONAL COMMUNICATION

♦ PROJECT DEVELOPMENT
♦ COMPUTER APPLICATION IN REAL ESTATE
♦ STATUTORY VALUATION
♦ ENTREPRENEURSHIP & ENTERPRISE DEVELOPEMENT
♦ TASSAWUR ISLAM / UHAD 3052: PEMBANGUNAN KENDIRI

♦ PRACTICAL TRAINING
♦ PRACTICAL TRAINING REPORT AND SEMINAR
LALUAN KERJAYA

Setelah berjaya menamatkan program diploma
Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara
& boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
♦ Penolong Pegawai dalam bidang Penilaian
♦ Penolong Eksekutif Bangunan/Pengurusan dalam bidang Pengurusan Harta/Bangunan
♦ Ejen Hartanah
♦ Terlibat dalam bidang Pemaju Hartanah (Projek)
APA KATA ALUMNI KAMI?




KEMUDAHAN & FASILITI

Asrama Pelajar

Makmal Komputer

Bilik Tutorial

Perpustakaan

Surau Asrama

Bengkel

Tempat Riadah

Pengangkutan Pelajar