• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

Jelajah Pendidikan

Search Courses

NEWSO

Program Jelajah Pendidikan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) kali yang ke-3

Simpang Renggam, Johor 11 Feb —  Jelajah Pendidikan Kolej Pendidikan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Mahasiswa Sabah & Sarawak (PERKEMASS) KTD yang disertai Pelajar KTD seramai 26 orang. Program ini kerjasama dengan NGO Haluan Malaysia dan beberapa Institusi lain dalam usaha memperkenalkan KTD dan juga program berbentuk kepimpinan serta perkongsian ilmu.

PERKONGSIAN TARBIYAH & DAKWAH OLEH WAKIL HALUAN

Perkongsian Tarbiyah & Dakwah oleh wakil HALUAN

Penasihat Persatuan iaitu En Zulkarnain Zainuddin menegaskan program ini memfokuskan dalam merealisasikan moto KTD “Ngaji Biar Pandai, Perangai Biar Jjuruh & Hidup Biar Buleh Tupe” seterusnya membawa imej positif Mahasiswa KTD dalam masyarakat setempat.

Program Mahasiswa & Perubahan

Program Mahasiswa & Perubahan

Beliau juga menambah lagi, Antara aktiviti yang terlibat sepanjang program ini berjalan ialah aktiviti Effective Learning Activities (ELAS) bersama Pelajar Tingkatan 3, 4 & 5 Sekolah Agama As Syddiq, memperkenalkan KTD dengan mengedar risalah serta Majalah Haluan sekitar Masyarakat setempat, perkongsian ilmu oleh Haluan Malaysia & aktiviti riadah yang memfokuskan kepada sihat tubuh badan.

ELAS II

Aktiviti program ELAS

Kesimpulannya, Program ini memberi kemanfaatan kepada pelajar KTD dalam berbakti terhadap Masyarakat serta merealisasikan moto KTD.

 

PROMOSI KTD II

Pelajar mempromosikan KTD

RIADAH BERSAMA REMAJA SIMPANG RENGGAM

Riadah bersama remaja Simpang Reggam, Johor

RAMAH MESRA DENGAN PELAJAR SEKOLAH

Beramah mesra dengan pelajar sekolah