• Call us: 09-774 9200
  • info@ktd.edu.my

MOU bersama UIN Ar Raniry Aceh

Search Courses

BANDA ACEH, 20 Disember 2018 – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) menandatangani kerjasama persefahaman (MOU) bersama Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry Aceh, Indonesia. Antara bentuk kerjasama akademik ialah pertukaran pelajar di antara dua institusi, menyambung pengajian ijazah sarjana muda dan lain-lain kegiatan akademik.

 

48388653_1853702528071861_9128530697873522688_o
Majlis menandatangani MOU ini disempurnakan oleh Dr. Hj. Abdullah Sudin Ab Rahman, Pengerusi Lembaga Pengelola KTD bersama Dr. Saifullah S.Ag., M.Ag Wakil Rektor III (Bidang Kemahasiswaan & Kerjasama) UIN Ar-Raniry.

48393476_1853702441405203_2903572461041745920_o


UIN Ar-Raniry mempunyai 9 fakulti pengajian iaitu syariah, dakwah, usuluddin, adab, sains dan teknologi, ilmu sosial, ekonomi, dan psikologi dengan jumlah mahasiswa lebih 26,000 orang. Seramai 366 orang mahasiswa daripada luar negara termasuk Malaysia 226 orang mahasiswa.

 

48384332_1853702608071853_2300895868313665536_o


Program ijazah sarjana muda pengajian islam di UIN Ar-Raniry telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia. Pelajar lepasan diploma pengajian Islam boleh menyambung pengajian ijazah sarjana muda dengan mengikuti ujian kelayakan kemasukan yang akan berpusat di KTD nanti.