• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

Ngaji Untuk Remaja (NUR)

Search Courses

NEWS2

KOTA BHARU – Ngaji Untuk Remaja (Nur) bukan hanya fokus pada bacaan al-Quran semata-mata malah pelajar juga disuburkan dengan aspek sahsiah dan dakwah bagi pembentukan jati diri golongan muda.

NUR 4

Koordinator Program Nur, Mohd Rihda Abdul Ghani berkata, seramai 14 fasilitator terdiri daripada pelajar Diploma Pengajian Islam Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah dilatih bagi membimbing 45 pelajar akal bimbing 45 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota asas bacaan al-Quran secara Tartil.

Menurutnya, ia antara usaha memantapkan disiplin pelajar melalui program kerohanian yang dapat mengukuhkan akidah mereka.

 

“Nur yang akan bermula Februari hingga Julai memerlukan fasilitator masuk ke sekolah seminggu sekali dan meluangkan masa selama sejam dengan peserta.
nur 5

“Kita juga mahu menyebar luas keupayaan membaca al-Quran menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan KTD.

Nur ini adalah inspirasi daripada Rumah Ngaji, ia platform yang sangat untuk mendekati masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Hadir merasmikan Pogram Nur kerjasama KTD dan Kumpulan Media Karangkraf ialah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, Mohd Ezani Awang.

 

Turut hadir, Pengetua SMK Kota, Kamaruddin Deraman. Mohd Rihda yang juga Pegawai Hal Ehwal Pelajar KTD berkata, program NUR yang dilaksanakan secara bersama dengan pihak berkaitan bagi melahirkan generasi muda yang berakhlak dan berdisiplin.

NUR 2