• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

Pensyarah KTD Terima 4 Anugerah UPSI

Search Courses

Kuala Lumpur: Pensyarah KTD yang merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta sejarah apabila meraih empat anugerah sempena Majlis Istiadat Konvokesyen ke-22 yang bermula semalam.

Muhammad Nur Azam Ghazali, 25, yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan Kepujian meraih Anugerah Pelajaran DiRaja, Hadiah Buku Fakulti Pembangunan Manusia, Anugerah Buku Adni dan Anugerah Khas Adni.

Anugerah dikurniakan Canselor Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.Berasal dari Kampung Permatang Pasir, Bachok, Muhammad Nur Azam yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.94 dan mahu menjadi penuntut holistik serta mengutamakan akademik.

Anak keempat daripada sembilan beradik yang kehilangan ayah pada 2019 itu berkata, impiannya adalah mengubah nasib keluarga apabila melanjutkan pengajian di universiti serta kejayaan dikecapi hasil doa ibunya, Jaina Yusoff, 56, yang juga peniaga di Pasar Jelawat.

“Pernah terdetik dalam fikiran saya satu ketika dulu (untuk berjaya) dan saya percaya, melalui saluran pendidikan dapat mengubah nasib bukan saya sahaja, tetapi juga nasib keluarga.”Sebagai anak keempat daripada sembilan adik-beradik, saya perlu lekas sedar, pendapatan ibu sebagai peniaga kecil-kecilan di pasar tidaklah sebesar mana lebih-lebih lagi selepas pemergian arwah ayah.

“Ketika belajar, saya juga sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai Exco Perpaduan dan Integrasi Majlis Perwakilan Pelajar hingga pernah tertidur di dalam kelas kerana sangat penat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kini bergelar pensyarah di Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa, Kelantan, Muhammad Nur Azam turut aktif menyumbang kepada masyarakat menerusi aktiviti sukarelawan, kepimpinan, kerohanian dan sosio ekonomi yang dianjurkan di peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa.