• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

Perutusan Awal Tahun Baru 2022 KTD

Search Courses

3 Jan, Kota Bharu – Perutusan awal tahun baru 2022 warga KTD dimulai dengan majlis ucaptama amanat Pengarah EQ Resources Sdn Bhd, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman di dewan besar KTD.

Beliau memberi kata semangat dan dorongan agar semua staf memberi komitmen penuh dalam proses kerja harian.

Dalam ucaptama amanat beliau, turut dikongsikan pembahagian amal yang utama iaitu amal ihsan, amal ahsan, amal soleh, amal qawi dan amal afdhal. Setiap amal yang dilakukan perlu ada pengorbanan dan hasilnya adalah perasaan nikmat memberi daripada menerima.

Dr Abdullah turut menekankan matlamat KTD menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang memproses graduan professional dan deeniah dengan nilai akhlak Islam iaitu ngaji pandai, perangai jjuruh (berakhlak), hidup boleh tumpang (berkhidmat) dan mati masuk syurga.

Harapan beliau, semoga KTD dipenuhi oleh pekerja yang siap beramal untuk menyongsong kejayaan dan kemenangan kepada umat Islam.