• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

PESAT UMUM & PENYERAHAN DANA KEBAJIKAN PELAJAR

Search Courses

4 Oktober 2021 : Majlis penyerahan cek dari HALUAN MALAYSIA kepada KTD
KTD telah menerima cek sebanyak RM82,028.91 dari Haluan Malaysia yang telah menjalinkan hubungan Kerjasama dengan pihak Global Sadaqah. Inisiatif murni ini diambil untuk memastikan kebajikan para pelajar KTD terjamin sepanjang tempoh pengajian.
Sumbangan ini akan disalurkan kepada pelajar dalam bentuk kupon makanan dan juga yuran penginapan. Antara kriteria utama penerima adalah golongan B40 dan 80% pelajar KTD merupakan pelajar yang lahir dari golongan ini.
Proses pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah memohon di atas talian dan akan melalui proses temuduga. Semua ini akan diperincikan lagi bagi memastikan ketelusan dalam proses agihan. Menurut wakil pelajar, semua pelajar yang menerima sumbangan ini perlu memastikan bahawa meraka perlu mencurahkan kesungguhan dalam menuntut ilmu sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada penyumbang.

Pendaftaran SESI 2021 masih dibuka. Jangan lepaskan peluang!!

DAFTAR SEGERA
X