• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

PESAT

Search Courses

PESAT

(Program Pembangunan Sahsiah Terpuji)

usrah

Pengenalan

Modul PESAT merupakan program Tarbiyah (Pendidikan) yang dirangka khusus untuk semua pelajar Kolej Teknologi Darulnaim dari semester pertama sehingga tamat pengajian. PESAT juga merupakan program bersepadu untuk melahirkan pelajar yang Profesional, Berketerampilan dan Beretika dengan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Setiap pelajar akan di bahagikan mengikut kumpulan dan dipimpin oleh fasilitator terlatih.

 Objektif

  • Memberi kefahaman Islam kepada para pelajar bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mengukuhkan kehidupan pelajar ke arah cara hidup Islam sepenuhnya.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai Sahsiah dan Akhlak yang terpuji serta cemerlang akademik.
  • Memupuk semangat Ukhwah Islamiah di antara pelajar dari pelbagai latar belakang.
  • Memberi pendedahan kepada para pelajar memahami realiti semasa masyarakat di Malaysia khususnya dan di luar negara umumnya.
  • Melahirkan pelajar yang boleh berbakti kepada masyarakat dan membangunkan Ummah pada masa akan datang.