• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

PTPTN SERAH DOKUMEN PERJANJIAN KEPADA KTD

Search Courses

PTPTN telah membuat serahan dokumen perjanjian kepada pihak Kolej Teknologi Darulnaim bagi serahan semula kepada pelajar Semester 1 untuk simpanan para pelajar. Seramai 114 pelajar Semester 1 telah memohon PTPTN sebagai pembiayaan sepanjang pengajian di KTD. Dokumen perjanjian PTPTN diserahkan semula kepada Pegawai Kewangan KTD iaitu, Cik Madihah Ibrahim pada 18 Oktober 2021 di pejabat PTPTN Kelantan. 
Pihak KTD menzahirkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PTPTN, khususnya Puan Nor Hasnidah Mohd Arifin, selaku TimbalanPengurus PTPTN Cawangan Kelantan yang telah banyak membantu dan memberi informasi terkini kepada KTD untuk menguruskan permohonan PTPTN pelajar dari awal hingga selesai. Dengan bantuan yang diberikan, pihak KTD telah dapat membantu pelajar untuk memohon pinjaman PTPTN dan telah berjaya menyelesaikan permohonan pada tarikh yang ditetapkan.