• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

SALAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA ARWAH EN HARIS BIN MUSA

Search Courses

Pada 22 Oktober 2021, Puan Sharina Saidi selaku Pengurus Kewangan KTD telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga di kediaman mereka, Gong Demin, Kota Bharu sebagai tanda ingatan kami ke atas jasa-jasa Allahyarham.

Warga KTD merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham En Haris Bin Musa yang Deposit Manager, Bank Islam Malaysia Berhad Negeri Kelantan. Allahyarham telah meninggalkan Balu, Puan Norina Binti Mamat dan 4 orang Anak yang berumur 27, 26, 21 dan 17 tahun.

Jasa-jasa Allahyarham akan kami kenang dalam menyantuni  dan membantu kami, memberi kemudahan servis yang disediakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Seorang yang sangat mesra, cakna dan sentiasa tersenyum melayani semua orang. 

إنا لله وإنا اليه راجعوناللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُمِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.Ameen Ya Rabbal’alamin”.