• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

VALIDASI DALAMAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR DIPLOMA KTD

Search Courses

Validasi dalaman soalan peperiksaan akhir Program Diploma KTD telah dijalankan secara hibrid pada 18 – 20 Oktober 2021.

Proses validasi dilakukan ini bagi menjamin kualiti  soalan peperiksaan yang dibangunkan    berupaya    mencapai sasaran pencapaian hasil pembelajaran. Kandungan soalan dipastikan menepati format, maklumat kursus, jadual spesifikasi ujian dan mematuhi tahap Kerangka Kelayakan Malaysia.

Panel penilai terdiri daripada pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam setiap bidang pengajian akan membuat semakan terhadap ketepatan dan kesesuaian soalan, taburan soalan, peruntukan markah, masa yang diperuntukkan, meneliti cadangan skema jawapan serta mencadangkan penambahbaikan.

Penggubal soalan akan membuat   pembetulan berdasarkan   cadangan dan input   penambahbaikan   yang   diterima   daripada   panel   penilai semasa  mesyuarat validasi dalaman berlangsung.   Soalan tersebut akan dimurnikan sebelum dihantar untuk semakan panel luar.