
SIAPAKAH YANG LAYAK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ?
Anda yang berminat untuk membuka TASKA dan TADIKA SENDIRI
Anda yang berminat menjadi GURUdi taska dan tadika
Anda yang berminat menjadi USAHAWAN dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
Anda yang berminat dalam dunia Pendidikan awal kanak-kanak
PENGENALAN DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
♦ Pembelajaran berkonsepkan 60% markah kerja kursus (MKK) dan 40% peperiksaan akhir.
♦ Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan perkembangan dan pertumbuhan awal kanak- kanak agar dapat mendidik kanak-kanak secara berkesan.
♦ Pelajar juga mempelajari kurikulum & persekitaran pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak iaitu komponen penting dalam merangka kurikulum sendiri kelak.
♦ Pelajar bakal didedahkan dengan aspek pentadbiran & pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak sebagai persediaan sekiranya berminat membuka taska dan tadika sendiri.
♦ Pelajar akan didedahkan dengan pendekatan terhadap keluarga & komuniti serta pembangunan professional bagi membentuk sistem pendidikan awal kanak-kanak yang menyeluruh.
♦ Pendekatan pembelajaran secara ‘hands-on’ yang menyeronokkan digunakan agar para pelajar dapat terus mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk aktiviti dan bahan pembelajaran bersama kanak-kanak.
♦ Pelajar akan didedahkan dengan konsep kerja melalui latihan industri selama 8 minggu di taska dan 8 minggu di tadika pada semester akhir.
♦ Apabila tamat pengajian pelajar boleh memilih bekerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sebagai guru di taska dan tadika, membuka taska dan tadika sendiri, menjadi penulis buku kanak-kanak dan sebagainya atau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, bidang pendidikan khas atau bidang psikologi kanak-kanak mengikut minat masing-masing.
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di KTD telah bekerjasama dengan Persatuan Taska Kelantan dan Taska dan Tadika HALUAN Malaysia.
Antara kelebihan yang bakal diperoleh pelajar dari hubungan kerjasama ini ialah:
⇒ Perkongsian daripada pakar dan ahli dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak tentang pengendalian taska dan tadika secara amali.
⇒ Menjalankan latihan industri di taska dan tadika tersebut serta berpeluang untuk membina kerjaya di sana sekiranya berkelayakan.
⇒ Melakukan aktiviti bersama kanak-kanak dan lawatan ke taska dan tadika tersebut bagi mengaplikasi teori yang dipelajari seterusnya memantapkan lagi kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
⇒ Mempelajari dan mempraktikkan kaedah pembangunan modul pendidikan awal kanak-kanak (Islamic fun-based learning) agar dapat membina modul sendiri setelah tamat pengajian di KTD
MAKLUMAT PROGRAM
Nama Program
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kod Program
DPAK
Kelulusan KPT
N/143/4/0184
Akreditasi MQA
MQA/FA14840
Mode Pengajian
Sepenuh Masa
Tempoh Pengajian
3 tahun / 6 semester
Kemasukan
Jun & Disember
Tarikh diluluskan KPT
30 Ogos 2021 – 29 Ogos 2026
SIJIL AKREDITASI MQA


SYARAT KEMASUKAN
Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)
→ Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit.
SILIBUS PROGRAM

♦ Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak
♦ Perkembangan Sosio-emosi dan Tingkah laku Kanak-Kanak
♦ Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Perkembangan Kreatif dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 1)
♦ Pengajian Malaysia 2 / Bahasa Melayu Komunikasi 1

♦ Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Perkembangan bahasa awal kanak-kanak
♦ Matematik awal dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Sains awal dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Asas Keusahawanan / Bahasa Kebangsaan A
♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 2)
♦ Pendidikan Islam 1

♦ Pentaksiran dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
♦ Bimbingan dan asuhan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Pengajian Sosial pendidikan awal kanak-kanak
♦ Perkembangan Kerohanian dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Pengajian Islam
♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 3)

♦ Main dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Keselamatan, Kesihatan dan Nutrisi
♦ Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran
♦ Kokurikulum*
♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 4)
♦ Elektif*

♦ Pengurusan Kecemasan
♦ Guru, Keluarga dan komuniti
♦ Profesionalisme dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
♦ Kanak-kanak berkeperluan khas
♦ English Communicative Skills
♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 5)
♦ Pendidikan Islam 2

♦ Praktikum 1
♦ Praktikum 2
LALUAN KERJAYA
Setelah berjaya menamatkan program diploma
Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara
& boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
♦ GURU TASKA / TADIKA
♦ PENGUSAHA TASKA / TADIKA
♦ USAHAWAN
♦ PENGASUH PROFESIONAL
♦ PENOLONG PEGAWAI KHIDMAT MASYARAKAT
APA KATA ALUMNI KAMI?




KEMUDAHAN & FASILITI

Asrama Pelajar

Makmal Komputer

Bilik Tutorial

Perpustakaan

Surau Asrama

Bengkel

Tempat Riadah

Pengangkutan Pelajar

Bilik Simulasi Kanak-Kanak
