• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SIAPAKAH YANG LAYAK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ?

Anda yang berminat untuk membuka taska dan taska sendiri?

Anda yang berminat menjadi guru di taska dan tadika?

Anda yang berminat menjadi usahawan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak?

Anda yang berminat dalam dunia Pendidikan awal kanak-kanak?

PENGENALAN DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

♦ Pembelajaran berkonsepkan 60% markah kerja kursus (MKK) dan 40% peperiksaan akhir.

♦ Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan perkembangan dan pertumbuhan awal kanak- kanak agar dapat mendidik kanak-kanak secara berkesan.

♦ Pelajar juga mempelajari kurikulum & persekitaran pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak iaitu komponen penting dalam merangka kurikulum sendiri kelak.

♦ Pelajar bakal didedahkan dengan aspek pentadbiran & pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak sebagai persediaan sekiranya berminat membuka taska dan tadika sendiri.

♦ Pelajar akan didedahkan dengan pendekatan terhadap keluarga & komuniti serta pembangunan professional bagi membentuk sistem pendidikan awal kanak-kanak yang menyeluruh.

♦ Pendekatan pembelajaran secara ‘hands-on’ yang menyeronokkan digunakan agar para pelajar dapat terus mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bentuk aktiviti dan bahan pembelajaran bersama kanak-kanak.

♦ Pelajar akan didedahkan dengan konsep kerja melalui latihan industri selama 8 minggu di taska dan 8 minggu di tadika pada semester akhir.

♦  Apabila tamat pengajian pelajar boleh memilih bekerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sebagai guru di taska dan tadika, membuka taska dan tadika sendiri, menjadi penulis buku kanak-kanak dan sebagainya atau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, bidang pendidikan khas atau bidang psikologi kanak-kanak mengikut minat masing-masing.

 

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di KTD telah bekerjasama dengan Persatuan Taska Kelantan dan Taska dan Tadika HALUAN Malaysia.

Antara kelebihan yang bakal diperoleh pelajar dari hubungan kerjasama ini ialah:

⇒ Perkongsian daripada pakar dan ahli dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak tentang pengendalian taska dan tadika secara amali.

Menjalankan latihan industri di taska dan tadika tersebut serta berpeluang untuk membina kerjaya di sana sekiranya berkelayakan.

Melakukan aktiviti bersama kanak-kanak dan lawatan ke taska dan tadika tersebut bagi mengaplikasi teori yang dipelajari seterusnya memantapkan lagi kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Mempelajari dan mempraktikkan kaedah pembangunan modul pendidikan awal kanak-kanak (Islamic fun-based learning) agar dapat membina modul sendiri setelah tamat pengajian di KTD

MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kod Program

DPAK

 

Kelulusan KPT

N/143/4/0184

 

Akreditasi MQA

MQA/PA14840

 

Mode Pengajian

Sepenuh Masa

 

Tempoh Pengajian

3 tahun / 6 semester

 

Kemasukan

April & Disember

SIJIL AKREDITASI MQA

SYARAT KEMASUKAN

Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

→ Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit.

SILIBUS PROGRAM

♦ Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-Kanak

♦ Perkembangan Sosio-emosi dan Tingkah laku Kanak-Kanak

♦ Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Perkembangan Kreatif dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 1)

♦ Pengajian Malaysia 2 /  Bahasa Melayu Komunikasi 1

♦ Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Perkembangan bahasa awal kanak-kanak

♦ Matematik awal dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Sains awal dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Asas Keusahawanan / Bahasa Kebangsaan A

♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 2)

♦ Pendidikan Islam 1

♦ Pentaksiran dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

♦ Bimbingan dan asuhan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Pengajian Sosial pendidikan awal kanak-kanak

♦ Perkembangan Kerohanian dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Pengajian Islam

♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 3)

♦ Main dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Keselamatan, Kesihatan dan  Nutrisi

♦ Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran

♦ Kokurikulum*

♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 4)

♦ Elektif*

♦ Pengurusan Kecemasan

♦ Guru, Keluarga dan komuniti

♦ Profesionalisme dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

♦ Kanak-kanak berkeperluan khas

♦ English Communicative Skills

♦ Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT 5)

♦ Pendidikan Islam 2

♦ Praktikum 1

♦ Praktikum 2

LALUAN KERJAYA

Setelah berjaya menamatkan program diploma

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara

& boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

♦ PENSYARAH

♦ CURRICULUMDEVELOPER

♦ KONSULTAN

♦ PAKK

♦ PENDIDIKAN KHAS

♦ PSIKOLOGI KANAK-KANAK

APA KATA ALUMNI KAMI?

KEMUDAHAN & FASILITI

Asrama Pelajar

Makmal Komputer

Bilik Tutorial

Perpustakaan

Surau Asrama

Bengkel

Tempat Riadah

Pengangkutan Pelajar

Untuk sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut sila hubungi eksekutif pemasaran kami.

(Klik no telefon dibawah untuk link whatsapp)

1. EN MOHD NAEIM BIN ABDULLAH
011-5891 1069

 2. EN MOHD YAHYA BIN ABU SEMAN
014-840 1205

Pendaftaran SESI 2021 masih dibuka. Jangan lepaskan peluang!!

DAFTAR SEGERA
X