• Call us: 09-774 7200
  • info@ktd.edu.my

Admission Procedure (Malaysian)

Search Courses

Admission Procedure (Malaysian)

 

zzzz

Langkah 1 : Terima Surat Tawaran

Terima surat dari KTD, periksa kursus yang ditawarkan serta tarikh lapor diri. Hubungi KTD jika ada sebarang pertanyaan dan keraguan.

 

Langkah 2 : Kembalikan Kad Penerimaan Tawaran & Deposit RM 30

Sila deposit RM30 (yuran proses) ke akuan EQ Resources Sdn Bhd. Lengkapkan butiran pada KAD PENERIMAAN TAWARAN dan kembalikan ke KTD.

 

Langkah 3 : Sediakan Dokumentasi Untuk Hari Pendaftaran

Rujuk borang senarai semak. Sila sediakan dokumen-dokumen yang diminta bagi memudahkan KTD memproses daftar kursus anda, proses pinjaman PTPTN atau Tabung Kebajikan Pelajar

 

Langkah 4 : Hari Pendaftaran

Lapor diri di KTD pada tarikh yang telah ditetapkan didalam surat tawaran. Sila hubungi KTD sekiranya anda tidak dapat mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan

 

Langkah 5 : Minggu Suai Kenal

Gunakan masa yang diperuntukkan untuk mengenali rakan baru anda serta persekitaran KTD. Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang perjalanan KTD termasuk Hal Ehwal Pelajar, Hal Ehwal Akademik, Pentadbiran dan Kewangan.

 

Senarai Semak Dokumen

1. Gambar (12) keping
2. Butir-butir peribadi dalam Borang Permohonan
3. Salinan Surat Tawaran
4. (3) Salinan Sijil Kelahiran Pelajar / Ibu / Bapa
5. (3) Salinan Kad Pengenalan Pelajar / Ibu / Bapa
6. (3) Salinan Sijil Kematian Ibu / Bapa (Jika berkaitan)
7. (3) Salinan sijil-sijil kelulusan, akademik SPM/STVM/STPM/Sijil Politeknik dan lain-lain yang berkaitan
8. (3) Salinan sijil-sijil ko-kurikulum sekolah jika ada
9. (3) Salinan sijil berhenti sekolah
10. (3) Salinan buku bank (BSN/CIMB/Bank Islam)
11. (3) Salinan Penyata Gaji / Borang J Terkini Ibu/Bapa dan pemohon yang bekerja dan Suami/Isteri. Penyata pencen Ibu/Bapa atau Surat Pengesahan pendapatan Ibu/Bapa jika bekerja sendiri dari Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah.
12. (3) Salinan Pengesahan Ibu yang tidak bekerja (suri rumah) oleh Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu

 

NOTA : PASTIKAN SEMUA SALINAN DISAHKAN BENAR