Kota Bharu, 13 Nov, Alhamdulillah, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) berbesar hati dapat mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato; Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pertemuan ini bertujuan mengeratkan hubungan serta membincangkan inisiatif yang dapat memperkukuhkan pembangunan ummah dan memelihara keunggulan adat istiadat Melayu di Kelantan, khususnya melalui pendekatan pendidikan bersepadu.
Kunjungan ini diketuai oleh Dr Abdullah Sudin b Ab Rahman Presiden HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia), Mantan Ketua Eksekutif yang kedua KTD, Tuan Haji Mohd Sabri bin Abdullah Mantan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Ketua Eksekutif pertama KTD dan Dr Asry bin Yusoff Timbalan Ketua Eksekutif KTD.
Warga KTD merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato; Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan atas kesudian menerima kunjungan kami dan berkongsi pandangan yang amat bernilai. Semoga segala usaha dan perancangan yang dibincangkan mendapat keberkatan serta manfaat untuk kesejahteraan pembangunan pendidikan anak bangsa. Semoga Allah meredhai usaha kita.













