• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Program Pembangunan Staf Bersama Pengarah EQ-RESOURCES

Search Courses

Penyampaian Dr Abdullah Sudin
KOTA BHARU, 13 Januari 2025 – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) hari ini telah berjaya  menyusun program mingguan staf bersama Pengarah EQ-Resources Sdn.Bhd, YBhg Dr Hj Abdullah Sudin Bin Ab Rahman. Program Pembangunan Staf merupakan program mingguan yang dijadualkan untuk semua staf KTD dalam usaha memberi kefahaman yang sama tentang nilai teras KTD. 

Tajuk penyampaian pada kali ini adalah “Beriman Kepada Allah dan Hari Akhirat”. Tuan Pengarah menekankan kepada ayat Al-Quran dari surah Al-Mukminun ayat 1-11 yang menerangkan tentang kejayaan orang yang beriman dan golongan ini akan mewarisi Surga Firdaus. Antara ciri-ciri orang beriman yang terdapat dalam surah ini adalah orang yang khusyuk dalam solat, menjauhkan diri dari perkara yang sia-sia, yang menunaikan zakat, memelihara penghormatan, menjaga amanah serta janji dan memelihara solatnya. 

Dr Abdullah Sudin membuat penyampaian
Dr Abdullah Sudin juga mengingatkan kepada semua staf bahawa setiap kerja atau amal yang dijalankan diatas muka bumi ini perlu ditukar kepada pahala. Semua ini bermula dengan niat dan dengan niat kerana Allah telah menjadikan amal harian kita menjadi ibadah. Inilah bukti kepada beriman kepada Hari Akhirat. Setiap apa yang dilakukan adalah persiapan untuk kehidupan selepas kematian. Analogi yang diguna pakai oleh Tuan Pengarah adalah cari duit untuk dapat pahala dan guna duit untuk pahala. 

Pengerusi Majlis mewakili warga KTD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah EQ-Resources Sdn Bhd diatas perkongsian yang di sampaikan dan semoga ini menjadi pedoman kepada semua warga KTD agar memperbetulkan niat dalam semua gerak kerja harian dan menukarkan semuanya kepada pahala sebagai bukti kita Beriman Kepada Allah dan Hari Akhirat.
Sumber daripada : Jabatan Hal Ehwal Pelajar