• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Semakan Kendiri Aset KTD

Search Courses

semakan aset ktd
Kota Bharu, 19 Januari 2025 – Semakan Kendiri Aset Alih dan Tak Alih di Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa telah dilaksanakan oleh Unit Aset Jabatan Kewangan, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). Semakan aset ini akan meliputi semua jabatan dan kawasan di KTD termasuk pejabat dan kelas. 
Tujuan semakan aset ini diadakan adalah untuk mengenalpasti aset yang terdapat di KTD secara fizikal dan mendapatkan status terkini terhadap aset- aset tersebut bagi memastikan pelaporan dan data yang disediakan oleh Jabatan Kewangan adalah tepat.

Jawatankuasa Semakan Kendiri Aset ini dikendalikan oleh Pn Mazura yang mana turut dibantu oleh Pn Sharina sebagai Pengurus Jabatan, Pn Izzlin dan Pn Hasliza selaku pegawai dari Jabatan Kewangan. Jawatankuasa ini dibantu oleh wakil dari setiap lokasi dan Jabatan untuk mengenalpasti keadaan aset tersebut. Dijangka semakan ini akan mengambil masa beberapa hari untuk memastikan semua aset yang terdapat di KTD dapat direkod dengan lebih tepat.
Sumber daripada : Jabatan Kewangan