23 Januari 2025 – KTD telah BERJAYA mendapatkan diskaun sebanyak 7% pengurangan daripada caj perkhidmatan Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program Diploma Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah(DQS), Diploma Syariah(DSY) dan Diploma Pengurusan Harta Tanah(DWF)

Kaunter penerimaan dokumen penilaian pematuhan telah dibuka dan bersedia menerima kunjungan wakil PPT terlibat bermula 13 hingga 23 Januari 2025 di Galeri Aras 1, MERCU MQA. Wakil KTD telah berjaya menghantar dokumen audit pematuhan yang lengkap pada 23 Januari 2025 (9.00pg-1.00ptg) tanpa memerlukan sebarang dokumen tambahan.

KTD dijangkakan akan menerima lawatan MQA untuk audit pematuhan DQS, DSY dan DDWF pada bulan April 2025.
Sumber daripada : Jabatan Audit dan Kualiti
