KOTA BHARU, 17 Feb 2025 – Pembangunan Staf KTD pada hari ini bersama Timbalan Ketua Eksekutif KTD, YBrs Dr Mohd Asry Bin Yusoff dengan tajuk Tafahum. Permulaan sesi, Ybrs Dr Mohd Asry atau lebih dikenali sebagai Dr Asry menyatakan bahawa setiap saat, sebagai seorang hambaNya, kita perlu rasa bersyukur kepada Allah diatas segala pemberianNya melalui lisan, spiritual, pemikiran, emosi dan juga perbuatan. Semua ini merupakan tanggungjawab hamba dan khalifah di atas muka bumi.

Tafahum merupakan rukun kedua dalam usrah. Rukun pertama adalah Taaruf manakala rukun ketiga adalah takaful. Semua ini akan terhasil apabila berlaku proses taaruf dan usrah dijalankan secara berkesan. Proses tafahum ini wujud apabila ahli dapat berkomunikasi dengan baik dan banyak program kebersamaan. Hasilnya adalah peningkatan iman dan wujudnya perasaan untuk menegakkan deen Allah swt.
Senjata orang mukmin adalah DOA dan untuk berukhwah, doa yang mustajab adalah doa rabitah. Timbalan Ketua Eksekutif mengakhiri pengisian dengan berdoa agar semua warga KTD dapat menggerakkan deen Allah swt melalui keberkesanan dari perjalanan usrah dan mengikuti 7 wasilah tarbiyah. سيروا على بركة الله

Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar