• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Permohonan Bantuan Zakat

Search Courses

permohonan zakat
KOTA BHARU, 26 Februari 2025 – Jabatan Kewangan Kolej Teknologi Darulnaim, khususnya unit pembiayaan, memainkan peranan penting dalam membantu para pelajar yang layak memohon bantuan zakat negeri masing-masing dan dalam usaha memastikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dapat melanjutkan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Para pelajar yang memenuhi kriteria akan diberikan bimbingan dan bantuan untuk melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi (IPT), serta bukti-bukti pendapatan keluarga atau keadaan kewangan mereka.
Selain itu, pegawai-pegawai dari Jabatan Kewangan, turut membantu menjelaskan proses permohonan zakat kepada pelajar, termasuk penjelasan tentang syarat-syarat yang perlu dipatuhi agar permohonan dapat diterima dan diproses dengan lancar. Ini termasuk memberikan panduan mengenai cara mengisi borang permohonan zakat serta menyusun dokumen yang diperlukan dengan betul dan tepat.

Dengan adanya bantuan zakat ini, pelajar yang kurang berkemampuan akan dapat menikmati peluang pendidikan yang lebih baik tanpa dibebani oleh masalah kewangan. Bantuan ini bukan sahaja memberikan kelegaan kepada pelajar, tetapi juga memberikan motivasi untuk mereka terus berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam akademik. 

Sumber daripada Jabatan Kewangan