• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Maklumat Tambahan Untuk Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program

Search Courses

Maklumat Tambahan Untuk Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program
6 Mac 2025 – Jabatan Audit dan Kualiti (JADK) telah mengadakan perbincangan bersama Pengurus Jabatan Hal Ehwal Akademik (PJHEA) dan Timbalan beliau bagi memastikan kelancaran penyelarasan gerak kerja serta penyediaan dokumen yang diperlukan bagi proses penilaian akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Perbincangan ini bertujuan memastikan semua persiapan berjalan lancar menjelang lawatan penilaian oleh MQA yang dijadualkan berlangsung pada 13 dan 14 April 2025. Semua pihak yang terlibat diberi peringatan untuk melengkapkan keperluan dokumentasi serta memastikan segala aspek akademik dan pentadbiran program memenuhi piawaian yang ditetapkan.
JADK menegaskan bahawa kerjasama antara semua jabatan amat penting bagi menjayakan proses akreditasi ini. Pemantauan secara berkala juga akan dilaksanakan untuk memastikan semua persiapan berada pada tahap optimum sebelum tarikh lawatan rasmi MQA.
Sumber daripada Jabatan Audit dan Kualiti