• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Mekanisme Kawalan Kualiti Akademik: Markah Kerja Kursus Dihantar Kepada Ibu Bapa

Search Courses

Mekanisme Kawalan Kualiti Akademik: Markah Kerja Kursus Dihantar Kepada Ibu Bapa
Dalam usaha meningkatkan kawalan kualiti akademik dan penglibatan ibu bapa dalam pemantauan pengajian anak-anak di KTD, Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) melaksanakan mekanisme yang mewajibkan penghantaran surat Markah Kerja Kursus (MKK) oleh penasihat akademik pelajar kepada ibu bapa bagi setiap semester pengajian.
Langkah ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai prestasi akademik anak mereka sebelum peperiksaan akhir sesi pengajian dijalankan. Dengan adanya mekanisme ini, ibu bapa turut dapat mengambil tindakan proaktif dalam memberikan sokongan kepada anak-anak mereka bagi memperbaiki kelemahan akademik yang telah dikenal pasti.

Dengan kerjasama erat dan penglibatan oleh ibu bapa, pihak kolej dapat memastikan pelajar memperoleh bimbingan yang lebih menyeluruh termasuk di rumah, sekali gus membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Surat makluman markah kerja kursus ini merangkumi perincian mengenai tugasan, kuiz, dan projek yang memperuntukkan markah sebanyak 10% yang telah diselesaikan oleh pelajar pada semester tersebut. Penghantaran surat ini adalah secara fizikal melalui bantuan Pos Malaysia Sdn. Bhd dan pengeposan biasanya dilakukan pada minggu ke-7 pengajian iaitu sebelum cuti pertengahan semester.
Melalui salah satu langkah pelaksanaan peningkatan akademik ini, KTD berharap usaha ini dapat memperkukuh hubungan antara pihak kolej, ibu bapa, dan pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik secara menyeluruh.
Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik