• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Iftar Perdana KTD: Persiapan Diperkemas untuk Keselesaan Warga Kolej

Search Courses

Kota Bharu, 12 Mac 2025 – Persiapan tempat bagi majlis Iftar Perdana di asrama Tanjung Chat, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)  sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Pendaftar bagi memastikan kelancaran program yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac 2025.

Persiapan ini melibatkan pelbagai aspek, termasuk pemasangan khemah, penyusunan tempat duduk, penyediaan kemudahan asrama, serta aspek kebersihan dan keselamatan. Kakitangan jabatan dan pelajar sukarelawan telah berganding bahu dalam memastikan setiap keperluan dipenuhi sebelum majlis berbuka puasa berlangsung.
Menurut Ketua Jabatan Pendaftar KTD, Puan Malinda Ulfah Binti Ariffin, segala persiapan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. “Kami memastikan segala persiapan dibuat dengan teliti agar semua jemputan dapat menikmati suasana berbuka puasa yang selesa dan harmoni,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa penambahbaikan fasiliti turut diberi penekanan bagi menjamin kesejahteraan semua yang hadir. Ini termasuk pemasangan lampu tambahan bagi menerangi kawasan sekitar serta penyediaan kemudahan kebersihan yang mencukupi.
Majlis Iftar Perdana ini dihadiri oleh para pelajar, pensyarah, kakitangan kolej serta penduduk taman setempat. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan tetapi juga untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga KTD dan komuniti.

Sumber daripada Jabatan Pendaftar