• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Bengkel Pemurnian Dokumen Bagi Lawatan Audit Pematuhan DQS dan DSY

Search Courses

bengkel pemurnian Dokumen Audit Pematuhan DSY dan DQS KTD
20 MAC 2025, Bilik Mesyuarat 1 – Sebagai persiapan menghadapi lawatan audit pematuhan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dijadualkan pada 13 hingga 14 April 2025, satu Bengkel Pemurnian Dokumen telah diadakan dari 16 hingga 20 Mac 2025. Bengkel ini melibatkan penyertaan aktif daripada staf Jabatan Audit dan Kualiti(JADK), Jawatankuasa Jaminan dan Pematuhan Kualiti, Jabatan Hal Ehwal Akademik(JHEA) serta para pensyarah yang berkaitan.
Sepanjang bengkel ini, staf yang bertanggungjawab telah meneliti dan menambah baik e-course file serta dokumen-dokumen penting bagi memastikan kesemua keperluan pematuhan MQA dipenuhi. Selain itu, perbincangan dan semakan secara menyeluruh telah dilakukan bagi memastikan kelengkapan serta ketepatan dokumen yang akan dikemukakan semasa lawatan audit nanti. Peserta juga diberikan tanggungjawab untuk menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan bagi setiap kriteria pematuhan yang telah ditetapkan oleh MQA. Ini termasuk bukti pelaksanaan, laporan penilaian, rekod aktiviti serta dokumen berkaitan yang menyokong setiap keperluan standard.
Dengan komitmen tinggi semua pihak yang terlibat, bengkel ini diharapkan dapat memberikan impak positif dalam memastikan institusi terus memenuhi standard kualiti yang ditetapkan oleh MQA serta mengekalkan kecemerlangan akademik.

Sumber daripada Jabatan Audit dan Kualiti