• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Ibadah Berkualiti Di Bulan Ramadhan

Search Courses

IBADAH BERKUALITI DI BULAN RAMADHAN
KOTA BHARU, 24 March 2025 – Program gabungan antara staf dan pelajar pada minggu ini diadakan secara atas talian dan disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Rashid Bin Awang, Yang Di Pertua Haluan Negeri Kelantan dan merupakan mantan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan. Tajuk minggu ini adalah IBADAH YANG BERKUALITI. 

Seseorang yang beriman, akan mementingkan kualiti dalam melaksanakan ibadah. Antara perkara yang perlu diambilkira untuk memastikan ibadah yang berkualiti adalah melakukan satu-satu kerja dengan niat kerana Allah swt dan mematuhi syarak. Seseorang yang beriman akan memastikan bahawa setiap gerak kerja yang dilakukan hendaklah dalam keadaan yang berdedikasi, tekun dan tidak berlaku kezaliman terhadap orang lain. Dalam kesungguhan melakukan ibadah pula, orang yang beriman juga perlu memastikan agar tidak lalai dalam melaksanakan ibadah khusus seperti solat dan zakat. 

Tuan Hj Mohd Rashid mengakhiri perkongsian dengan titipan doa agar semua warga KTD sentiasa dalam keberkatan ALLAH swt dan menjadikan bulan ramadhan ini sebagai taman tempat berehat setelah 11 bulan melalui proses kehidupan yang berwarna warni.   سيروا على بركة الله

Sumber daripada Hal Ehwal Pelajar