• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

KTD Cakna Pelajar, Hidupkan Bilik Asrama Kosong

Search Courses

7-8 September, Kota Bharu – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah menjalankan aktiviti pembersihan di asrama bertempat di Tanjung Chat, melibatkan kerja-kerja pembersihan bilik stor dan penyediaan bilik pelajar dengan kelengkapan asas.

Sebanyak tujuh buah bilik yang sebelum ini merupakan lebihan bilik kosong tidak berpenghuni telah dikenal pasti. Pihak kolej mengambil inisiatif untuk membersihkan bilik-bilik tersebut serta melengkapinya dengan katil, almari dan kelengkapan asas lain bagi dijadikan bilik kediaman pelajar.
Selain itu, bilik stor yang turut digunakan bagi menyimpan barang lama telah dibersihkan dan disusun semula untuk memastikan pengurusan asrama lebih teratur.

Usaha ini mencerminkan komitmen pihak kolej dalam memastikan kemudahan dan persekitaran asrama sentiasa berada dalam keadaan selesa, kondusif dan mesra penghuni, sejajar dengan usaha meningkatkan kebajikan pelajar.
Sumber daripada Jabatan Pendaftar