28 Oktober 2025, KOTA BHARU – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah menganjurkan SAINO FEST (Science & Innovation Festival) bertempat di kampus KTD bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini dianjurkan bersempena Festival of Idea (FOI) Kelantan dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPAKK) dan menjadi platform untuk memupuk minat terhadap sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan masyarakat.
Menariknya, program ini turut melibatkan penyertaan kanak-kanak tadika yang mengambil bahagian dalam aktiviti berasaskan eksperimen dan kreativiti sains, menjadikan suasana lebih ceria dan interaktif.

Untuk makluman, Persatuan AIMS juga turut serta melalui penglibatan pelajar daripada subjek Multimedia Project, Drawing Fundamental, serta Art and Design.
Penyertaan ini memberi peluang kepada pelajar mempersembahkan hasil karya dan inovasi kreatif mereka selaras dengan tema Science & Innovation, di samping mengasah kemahiran reka bentuk serta penerapan nilai pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar.

Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik