• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

LAWATAN ILMIAH PERSATUAN AIMS KE LES’ COPAQUE ANIMATION ACADEMY DAN MUZIUM SENI NEGARA

Search Courses

LAWATAN ILMIAH PERSATUAN AIMS KE LES’ COPAQUE ANIMATION ACADEMY DAN MUZIUM SENI NEGARA
Pada 30 Oktober hingga 1 November 2025, Persatuan AIMS (Association of Information Technology and Multimedia Students) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur yang melibatkan kunjungan ke Les’ Copaque Animation Academy (LCAA) dan Muzium Seni Negara.

Lawatan ini disertai oleh 21 orang pelajar bersama 7 orang pensyarah pengiring daripada Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap industri animasi tempatan, proses penghasilan kandungan kreatif, serta apresiasi terhadap seni visual dan warisan budaya negara.
Di Les’ Copaque Animation Academy, peserta berpeluang mempelajari sendiri proses penghasilan animasi 3D yang dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional, selain turut didedahkan kepada aspek creative business melalui sesi pembelajaran interaktif mengenai strategi pemasaran digital dan live selling yang diaplikasikan dalam industri kreatif masa kini.

Manakala di Muzium Seni Negara, peserta menelusuri pelbagai koleksi karya seni tempatan yang memperkayakan pemahaman tentang seni dan budaya Malaysia.
Program ini bukan sahaja memperluas pengetahuan pelajar dalam bidang Multimedia dan Seni Reka, malah membina kemahiran keusahawanan kreatif, keyakinan diri serta semangat inovatif untuk terus maju dalam industri kreatif dan digital pada masa hadapan.
Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik