Kota Bharu, 2 Februari 2025 – Unit Sains Komputer, dengan kerjasama Persatuan AIMS dan Citra Alumni, telah menganjurkan Bengkel Asas Pengaturcaraan C++ sebagai salah satu daripada Program Khidmat Masyarakat. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai bahasa pengaturcaraan C++.


Sepanjang bengkel, peserta telah mempelajari konsep asas seperti sintaks, pengendalian data, dan struktur asas dalam C++. Program ini dihadiri oleh 20 pelajar sekolah rendah dan menengah dari sekitar Kelantan, berusia antara 11 hingga 16 tahun.
Sebagai penghargaan, 3 peserta terbaik telah menerima hadiah, dan semua peserta diberikan sijil penyertaan. Diharapkan program ini dapat memupuk minat pelajar dalam dunia pengaturcaraan dan teknologi.
Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik
