Pada 6 November 2024, Persatuan AIMS, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dengan berbesar hati telah mengundang Dr. Saifullah Razali, seorang alumni yang kini bertugas sebagai Pensyarah dan Ketua Program Robotics and AI di University of Hertfordshire, PSB Academy, Singapura
Dr Saifullah telah mengadakan perkongsian yang bertajuk Industrial Revolution 4.0, secara atas talian.Bengkel ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mendalam mengenai teknologi dalam Industrial Revolution 4.0 serta pelbagai kebaikan untuk memanfaatkannya.
.
Program ini disertai oleh pelajar, pensyarah dan staf KTD, dengan matlamat untuk memperkenalkan Industrial Revolution 4.0 , Internet Of Things (IoT), Robotic dan aplikasi praktikal AI dalam meningkatkan kualiti hidup.
Objektif program ini adalah memberi pendedahan asas mengenai konsep AI serta perkembangan terkini dalam bidang AI.
.
Dr Saifullah juga berkongsi aplikasi yang boleh digunakan bagi praktikal AI dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja serta menggalakkan peserta memahami potensi dan impak AI dalam pelbagai aspek dalam kehidupan dan kerja.
Pihak Kolej Teknologi Darulnaim komited untuk terus menganjurkan program-program inspiratif seperti ini bagi memperkasakan warga KTD dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang teknologi.



