• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Kaedah Semakan Baki Yuran Pelajar Aktif Melalui Portal Pelajar KTD

Search Courses

Kota Bharu, 13 Februari 2025 – Jabatan Kewangan Kolej Teknologi Darulnaim telah mengadakan sesi bersama beberapa pelajar mengenai kaedah semakan baki yuran semasa  pelajar aktif melalui Portal Pelajar KTD. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Hasliza Hussin, selaku staf di Jabatan Kewangan Kolej teknologi Darulnaim. 

Objektif utama sesi ini adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang cara menggunakan Portal Pelajar KTD dengan lebih berkesan, terutamanya bagi semakan baki yuran semasa mereka yang masih aktif sebagai pelajar di kolej. Selain memberi penjelasan tentang kaedah semakan baki yuran, Puan Hasliza juga memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pelbagai fungsi lain yang boleh diakses melalui Portal Pelajar KTD.
Dengan adanya sesi seperti ini, diharapkan pelajar akan lebih memahami cara untuk menguruskan kewangan mereka semasa di kolej dan mengakses maklumat kewangan yang diperlukan dengan mudah. Ini juga memberi peluang kepada mereka untuk merancang kewangan mereka dengan lebih baik dan mengelakkan sebarang masalah berkaitan yuran semasa. Sesi ini juga merupakan salah satu inisiatif Jabatan Kewangan untuk memastikan bahawa semua pelajar dapat menguruskan kewangan mereka dengan lebih telus dan bertanggungjawab.
Sumber daripada Jabatan Kewangan