• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Kasih Sayang Keluarga KTD

Search Courses

KOTA BHARU, 4 Mei 2025 – Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Teknologi Darulnaim telah mengadakan Bacaan Yassin dan tahlil secara atas talian kepada arwah Muhammad Roufeq Amanda Bin Mohd Rozman, abang kepada mahasiswi KTD, Nur Rouhanes Amanda, pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak semester 4.  

Majlis Bacaan Yassin dan tahlil ini dikendalikan oleh saudara Mohamad Shazal Ariff, Pelajar Diploma Quran dan As-Sunnah semester 3 dan dipengerusikan oleh saudara Mohd Khairi Mohd Ariss selaku exco tarbiyah Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) 2025. Semoga roh Allahyarham Muhammad Roufeq Amanda tempatkan bersama hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

 أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ 
Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar