Kunjungan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa yang Menjalankan Tugas Naib Canselor UniSHAMS, Prof Madya Dr Muhammad Nasri bin Md Hussain ke Kolej Teknologi Darulnaim telah diadakan pada Khamis 30 Mei 2024.
Kunjungan ini adalah langkah susulan untuk perbincangan terperinci kerjasama KTD dan UniSHAMS hasil daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh kedua – dua pihak pada Mac 2024.
Kunjungan ini turut disertai oleh Penasihat Divisyen Syariah UBB Amanah Berhad, En Azrin bin Sabirin serta pegawai.
Semoga perbincangan yang diadakan membuka lebih ruang untuk kerjasama yang lebih kukuh dan erat bagi meneruskan kecemerlangan kedua – dua institusi.





