Kota Bharu, 21 Januari 2025 -Telah berlangsung Lawatan Pemeriksaan/Ujian Alat-Alat Pencegahan Kebakaran oleh pihak bomba cawangan Kota Bharu di bangunan kediaman asrama Tanjung Chat.
Objektif lawatan ini bertujuan mendapatkan pengesahan berkenaan alat-alat pencegahan kebakaran yang ada di bangunan kediaman asrama seperti pintu kalis api, lampu kecemasan dan tanda ‘Keluar’. Selain itu, ianya merupakan syarat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dalam proses pembaharuan lesen pengoperasian institusi bagi tempoh 5 tahun untuk semua IPT.
Lawatan ini juga turut disertai oleh wakil Kolej Teknologi Darulnaim, Puan Malinda Ulfah Ariffin selaku Pendaftar, Unit Infrastruktur KTD, pihak kontraktor (RH Brothers Ventures) dan juga pihak arkitek (MASA Architect Sdn Bhd.)
Diharapkan keputusan pemeriksaan yang dijalankan akan membuahkan hasil yang positif dan mempermudahkan lagi urusan KTD yang seterusnya.

Sumber daripada : Jabatan Pendaftar