Kota Bharu, 19 Feb 2025 – Unit Aset Jabatan Kewangan, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah menjalankan kerja- kerja pelupusan aset mengikut prosedur jabatan yang ditetapkan.

Prosedur ini dimulakan dengan kaedah pemeriksaan aset dengan kerjasama Jabatan Pendaftar untuk menilai dan mengenalpasti keadaan aset yang rosak dan tidak digunapakai. Aset yang dikenalpasti rosak dikumpulkan untuk dilupuskan kepada pihak luar. Kerja- kerja pelupusan ini dibuat mengikut kaedah jualan dan kaedah musnah.


Kaedah jualan dibuat dengan cara menjual aset tersebut kepada warga KTD dan pihak luar yang berminat dengan harga yang munasabah. Manakala kaedah musnah adalah dengan cara menjual aset rosak kepada pembeli besi buruk dan syarikat kitar semula untuk dilupuskan.
Sumber daripada jabatan kewangan
