Kota Bharu – Jabatan Audit dan Kualiti (JADK), Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah meneruskan usaha peningkatan kualiti akademik melalui Bengkel Penjajaran Maklumat Kursus Siri 2 (UPI) pada 6 November 2025 (Isnin), jam 2.30 petang hingga 4.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat 3 (BM3).
Bengkel ini memberi tumpuan kepada pemantapan maklumat kursus dan penilaian pelajar sebagai langkah menyelaras serta memperkukuh amalan kualiti pengajaran untuk pensyarah Unit Pengajian Islam (UPI). Pensyarah UPI berpeluang untuk berbincang dengan lebih spesifik kepada maklumat dan penilaian kursus yang diajar serta bagaimana membuat laporan kursus (Course Review Report).

Komitmen dan kerjasama semua pensyarah amat dihargai dalam menyokong usaha penambahbaikan berterusan kualiti pengajaran dan pembelajaran di KTD.
#KTD #JADK #PembudayaanKualiti #BengkelKualiti #KualitiAkademik #KolejTeknologiDarulnaim

Sumber daripada Jabatan Audit dan Kualiti