KOTA BHARU, 23 Julai – Wan Muhammad Qayyum Aqili, 18, anak kelahiran Kelantan, dinobatkan
sebagai Siswa Terbaik Program Minggu Silaturahim (MASIR) Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)
Sesi Akademik 2026/2027.
Beliau merupakan antara 100 pelajar baharu Semester 1 yang menyertai Program Minggu
Silaturahim (MASIR) bagi sesi 1 26/27 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 21 hingga 23
Julai lalu.
Qayyum mengakui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah tersebut
kerana tidak menyangka dirinya layak menerima pengiktirafan berkenaan.
“Saya memang terkejut kerana saya rasa saya bukanlah pelajar yang paling aktif. Tak sangka pula
dipilih sebagai Siswa Terbaik. Anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk saya terus
memberikan yang terbaik sepanjang pengajian di KTD,” katanya.
Beliau berkata, program tersebut memberikan pengalaman yang amat menyeronokkan kerana
dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik sehingga peserta tidak berasa bosan sepanjang
mengikutinya.
“Seronok sangat program MASIR ini sebab banyak aktiviti yang boleh disertai. Jadi kami tak rasa
bosan langsung. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan pelbagai kemahiran yang sebelum ini
saya sendiri tidak sedar ada dalam diri,” jelasnya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Pelajar (HEP), Puan Fatmawati berkata, antara pengisian
sepanjang program MASIR ialah sesi suai kenal, aktiviti berkumpulan, permainan berpasukan,
ceramah motivasi, latihan kepimpinan serta pelbagai aktiviti yang menguji kreativiti, komunikasi
dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
Menurut beliau, program itu bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mempelajari
pelbagai perkara baharu, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan
silaturahim antara pelajar daripada pelbagai latar belakang melalui penglibatan aktif dalam
setiap aktiviti yang dijalankan.
“Program ini turut memupuk semangat kerja berpasukan serta memberi ruang kepada peserta
mengasah bakat dan potensi diri. Secara tidak langsung, ia membentuk sikap kepimpinan,
tanggungjawab dan keyakinan dalam menghadapi cabaran sepanjang bergelar mahasiswa,”
katanya.
Beliau berkata, peserta juga didedahkan dengan kepentingan komunikasi yang berkesan dalam
kehidupan kampus, sekali gus membantu mereka berinteraksi dengan lebih yakin, terbuka dan
profesional dalam pelbagai situasi.
Program MASIR KTD diadakan sebagai platform bagi membantu pelajar baharu menyesuaikan
diri dengan persekitaran kampus, di samping membina jati diri, semangat berpasukan dan
budaya pembelajaran yang positif sebelum memulakan sesi pengajian.

Sumber daripada Kolej Teknologi Darulnaim