• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Sambutan Eid Mubarak Bersama Anak2 Yatim Rumah Darul Alkhausar Kubang Kerian Kelantan

Search Courses

Tanggal 25hb April khamis jam 10 pagi bertempat di Restoran Anjung Rebana adalah detik yang amat bermakna bagi pelajar2 Keterlibatan Komuniti, Persatuan Pelajar Mesa, Alumni Mesa, Komuniti Guru Pencen, En.Ilyasak (Haluan KL), Komuniti Penduduk Taman Mekasar Pasir Mas, Keluarga Puan Wan Nurliyana Wan Mohd Fauzi, Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim dan Unit pengurusan dan hartanah KTD atas sambutan Eid Mubarak Bersama Anak2 Yatim Rumah Darul Alkhausar Kubang Kerian Kelantan.

.

Program ini adalah satu program bagi memenuhi syarat subjek keterlibatan komuniti dan CSR unit pengurusan dan hartanah KTD. Objektif program ini adalah untuk mengasah kemahiran pelajar dalam komuniti melalui khidmat siswa/i dan CSR unit bersama2 peranan alumni mesa serta pensyarah unit. Program ini adalah bagi menyempurnakan dana dan sumbangan yang diperolehi dalam bentuk duit raya kepada anak2 yatim Darul Alkhausar dan tabung rumah tersebut yang disampaikan terus kepada mudir Darul Alkhausar oleh Penyelaras unit pengurusan dan hartanah ktd.