• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Solat Hajat Khas Bersama Pengurusan KTD: Memohon Keberkatan dan Kelancaran Urusan Pentadbiran

Search Courses

Kota Bharu, 06 Julai 2025 – Sempena keberkatan 10 Muharam 1447H, pihak pengurusan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah mengadakan satu majlis Solat Hajat Khas. Majlis ini diadakan bertujuan memohon keberkatan, serta kelancaran dalam urusan pentadbiran kolej bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

Majlis dihadiri oleh Pengarah EQ Resources, Dr Abdullah Sudin bin Ab Rahman bersama barisan pengurusan tertinggi. Ia dimulakan dengan solat Zohor berjemaah, diikuti Solat Hajat dan sedikit perkongsian.
Pemilihan tarikh 10 Muharram sebagai hari pelaksanaan majlis ini sangat signifikan kerana ia merupakan antara hari yang mulia dalam Islam, dikenali sebagai Hari ‘Asyura. Ia juga menjadi simbol pengharapan dan doa agar segala urusan dipermudahkan, serta seluruh pengurusan diberi kekuatan dalam memikul amanah.

Majlis ini turut menjadi ruang untuk memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan pentadbir serta memperkuat hubungan spiritual antara pengurusan dan Allah SWT. Diharapkan amalan seperti ini dapat diteruskan sebagai tradisi yang membudayakan nilai-nilai tarbiyah dalam pentadbiran KTD.
Sumber daripada Jabatan Pendaftar