• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Strategi Baharu: Ktd Perkasakan Media Sosial Dengan Kandungan Lebih Menarik!

Search Courses

jabatan pengambilan pelajar KTD
Dalam usaha memperkasakan kembali kehadiran Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di media sosial, Jabatan Pengambilan Pelajar KTD telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama-sama. Fokus utama perbincangan ini adalah untuk merangka pelan pemasaran yang lebih efektif bagi menarik perhatian bakal pelajar serta meningkatkan interaksi dalam platform digital KTD.

Antara langkah yang bakal diambil termasuklah penghasilan kandungan video yang lebih menarik, penyampaian maklumat yang interaktif, serta penggunaan trend terkini dalam pemasaran digital. Perancangan ini selaras dengan matlamat KTD untuk terus menjadi institusi pilihan utama dalam kalangan pelajar yang mencari pendidikan berkualiti dan berteraskan nilai Islam.
Dengan langkah proaktif ini, KTD optimis bahawa platform media sosial kolej akan lebih hidup, memberi manfaat kepada pelajar sedia ada serta menarik lebih ramai pelajar baharu. Ikuti perkembangan terbaru di laman rasmi media sosial KTD!

#KTD #KTDHebat #WeAreKTD #KTDMaraKeHadapan

Sumber daripada Jabatan Pengambilan Pelajar