• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Permohonan PTPTN 2025

Search Courses

KOTA BHARU, 28 Januari 2025 – Bermula 1 Disember 2024 sehingga 31 Januari 2025 telah bermula permohonan PTPTN bagi pelajar-pelajar baru di KTD. Pegawai Kewangan yang bertugas Puan Izzlin dan Puan Hasliza, memberikan bimbingan kepada pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN.

Pegawai Kewangan menjelaskan prosedur permohonan PTPTN, bermula dengan langkah-langkah yang perlu dilakukan iaitu memuat turun aplikasi myPTPTN di telefon bimbit masing-masing dan sehingga selesai permohonan.
Pegawai Kewangan juga memberikan penjelasan lebih lanjut dan membimbing mereka untuk memastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Selain itu,pegawai menerangkan dan menasihati pelajar tentang jumlah pinjaman yang akan diterima, supaya mereka faham dan peka dengan jumlah pinjaman yang perlu dibayar nanti.

Setelah permohonan selesai, Pegawai Kewangan memberikan maklumat lanjut tentang cara semakan status permohonan dan apa yang perlu dilakukan setelah permohonan telah diluluskan.
Sumber daripada Jabatan Kewangan