• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi II 2024/2025

Search Courses

pendaftaran pelajar baru KTD
Kota Bharu, 26 Januari 2025 – Pendaftaran fizikal pelajar telah berlangsung di kampus Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). Jumlah pelajar baru bagi sesi II 2024/2025 yang lapor diri di KTD adalah 10 orang iaitu 8 orang dari Kelantan, Terengganu dan Perak masing-masing.

Semua pelajar baru berkumpul di Bilik Mesyuarat 3 bagi tujuan semakan lampiran dokumen peribadi fail pelajar dan pengesahan Borang Maklumat Peribadi Pelajar untuk rekod Kolej Teknologi Darulnaim.
Semua pelajar yang mendaftar adalah perempuan dan mendaftar program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. 

Tahniah kepada semua pelajar baru yang hadir dan semoga terus sukses dalam program pengajian di KTD yang dipilih.
sumber daripada Jabatan Pendaftar