• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Program Pembangunan Staf Bersama Perunding Hartanah

Search Courses

YBrs Sr Tuan Hj Nasir Bin Saat, Ahli Lembaga Pengarah Kolej Teknologi Darulnaim,
KOTA BHARU, 27 Januari 2025 – Program Pembangunan Staf Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) kali ini menjemput YBrs Sr Tuan Hj Nasir Bin Saat, Ahli Lembaga Pengarah Kolej Teknologi Darulnaim, merupakan pemilik kepada Perunding Hartanah NSA Sdn Bhd.Tajuk yang dijadualkan adalah Isra’ Mikraj. 

Isra’ Mikraj merupakan peristiwa yang dihadiahkan oleh Allah Swt kepada baginda Rasulullah saw yang diuji kesedihan dan dibawa ke Sidratul Muntaha. Di permulaan pertemuan, Tuan Hj Nasir Bin Saat mengajak semua warga KTD agar bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt dan nikmat yang paling besar adalah nikmat Iman, Islam, Takwa dan Ihsan. 

Peristiwa Isra’ dirakamkan oleh Allah swt dalam surah Al-Isra’ (17:1)

 سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

surah Al-Isra’ (17:1)
Manakala Mikraj Allah jelaskan dalam surah An-Najm (53:13-18)

عِندَ سِدْرَةِ ٱلْمُنتَهَىٰ ١٤ عِندَهَا جَنَّةُ ٱلْمَأْوَىٰٓ ١٥ إِذْ يَغْشَى ٱلسِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ ١٦ مَا زَاغَ ٱلْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ ١٧ لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ ١٨

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,Di sisi “Sidratul-Muntaha”;Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

surah An-Najm (53:13-18)
Pengerusi Majlis mewakili warga KTD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Nasir Bin Saat dan Ibrah dari peristiwa Isra dan Mikraj ini adalah Allah sentiasa hadir dalam setiap ujian dan kesedihan yang dihadapi melalui rahmat dan juga jalan keluar dan mengajak semua warga KTD agar terus memperkukuhkan keimanan kita kepadaNya.  
Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar