Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dengan berbesar hati telah menerima lawatan penilaian akreditasi penuh oleh panel penilai dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada 23 dan 24 Oktober 2024.
Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi Panel Penilai, Dr. Mahani Abdul Malik, bersama Puan Hashimah binti Hussein dan Pegawai MQA, Puan Norbaizurah Abd Halim.
Aktiviti lawatan dimulai dengan taklimat program oleh Pengurus Hal Ehwal Akademik KTD, diikuti dengan sesi pertemuan bersama staf akademik, pelajar, dan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa.
Panel turut melakukan lawatan prasarana termasuk bilik simulasi pendidikan awal kanak-kanak, bilik kuliah, makmal komputer dan perpustakaan untuk menilai kemudahan yang disediakan serta membuat pemerhatian kelas semasa kelas sedang dijalankan.
Pihak Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada maklumbalas positif dan cadangan penambahbaikan daripada panel penilai. KTD berpegang teguh kepada komitmen untuk melahirkan graduan KTD yang bukan sahaja cemerlang dari segi pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga berdaya saing dan beretika dalam menghadapi cabaran dunia sebenar.
KTD akan terus berusaha ke arah penambahbaikan berterusan bagi memastikan program ini mencapai piawaian tertinggi dalam pendidikan. KTD berharap memperoleh akreditasi penuh sebagai pengiktirafan terhadap standard tinggi yang diterapkan, sekali gus memastikan kebolehpasaran graduan serta membuktikan kualiti pendidikan yang ditawar













