Kota Bharu, 21 Januari 2025 – Unit Sains Komputer dan Multimedia telah menganjurkan Program Digital Painting. Seramai 20 orang pelajar sekolah yang berumur 10 hingga 15 tahun telah menyertai program tersebut.



Program khidmat masyarakat ini yang di tawarkan secara percuma selama satu hari bertujuan mendedahkan peserta kemahiran melukis menggunakan aplikasi Ibis Paint, sekaligus mengisi masa lapang peserta sepanjang cuti sekolah dengan aktiviti kreatif yang menyeronokkan.
Program yang berlangsung di Dewan Kuliah A, Kolej Teknologi Darulnaim, telah berjaya mengasah bakat seni peserta dan berjaya mencipta karya digital yang mengagumkan.
Program yang berlangsung di Dewan Kuliah A, Kolej Teknologi Darulnaim, telah berjaya mengasah bakat seni peserta dan berjaya mencipta karya digital yang mengagumkan.






Program khidmat masyarakat yang dibimbing oleh tenaga pengajar KTD dan alumni professional diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang yang terbaik serta penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta yang terlibat.
#csrktd#
#khidmatmasyarakat#
#csrktd#
#khidmatmasyarakat#
Sumber daripada : Jabatan Hal Ehwal Akademik
