• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

CITRA ALUMNI: Program Ktd Gerobok Amal Berjaya Dijalankan Dengan Jayanya

Search Courses

gerobok ktd
Kota Bharu, 10 Februari 2025 – Program KTD Gerobok Amal yang berlangsung di Surau As-Syafie, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) hari ini telah berjaya menghimpunkan pelbagai jenis pakaian hasil daripada sumbangan  warga KTD.
Program ini dianjurkan oleh Citra Alumni dengan kerjasama AJK Asrama Siswi KTD dan AIMs bagi menggalakkan budaya bersedekah dalam kalangan pelajar dan staf kolej. Antara pakaian yang didermakan termasuk pakaian dewasa dan kanak-kanak, tudung, kain pelikat, telekung, serta cadar dan selimut. Semua sumbangan ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Amal Kitar Semula Selangor untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Menurut wakil penganjur, sambutan yang diterima amat menggalakkan. “Walaupun program ini hanya melibatkan warga KTD, kami amat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan. Setiap sumbangan ini pastinya membawa manfaat kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

KTD berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus menyemai semangat berkongsi dalam kalangan pelajarnya.
Sumber daripada Jabatan Audit dan Kualiti