• Call us: 09-787 9640
  • info@ktd.edu.my

Kemeriahan PESAT Khusus Sesi II 2024/2025

Search Courses

pesat perdana ktd
KOTA BHARU, 5 Feb 2025 – Pesat Khusus bagi sesi II 2024/2025 sudah bermula susulan daripada pelancaran PESAT PERDANA awal pada 3 Feb 2025 yang telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim, Dr Hj Nik Kamaruzaman Bin Hj Abdullatiff .   

Pesat Khusus merupakan kumpulan liqa kecil yang telah dikhaskan kepada semua pelajar yang mendaftar di KTD. Agihan kumpulan akan diambilkira selepas mahasiswa/wi KTD menduduki Ujian Penempatan Pesat pada minggu silaturahim bagi setiap sesi kemasukan pelajar.  
Untuk sesi II 2024/2025, terdapat 31 kumpulan Pesat yang telah didaftarkan, terdiri daripada 9 kumpulan siswa dan 22 kumpulan siswi. 8 kumpulan daripada 31 kumpulan merupakan kumpulan kepimpinan yang ahlinya terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar, kepimpinan persatuan akademik dan juga kediaman pelajar. 

Barisan fasilitator untuk setiap kumpulan juga terdiri daripada ahli NGO HALUAN dan juga staf KTD. Seramai 33 orang tenaga fasilitator dan masing-masing adalah 23 orang ahli NGO HALUAN dan 10 staf KTD yang terlibat. 

Semoga pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit barisan fasilitator ini diterima oleh Allah swt sebagai amal qawiy dan bekal menuju ke akhirat. سيروا على بركة الله

Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar