KUALA LUMPUR, 21 Februari 2025 – Empat wakil dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah menyertai Bengkel Penyediaan Dokumen Course Assessment Report (CAR ) dan Program Assessment Report (PAR), anjuran Pusat Pengajian Kerjasama SPACE Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bengkel ini diadakan di Dewan Banquet, Aras 1, Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM Kuala Lumpur.

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) diwakili oleh En Mohd Kamarulzaman Omar (Pengurus Hal Ehwal Akademik), Pn Azulieza Muhammad (Timbalan Pengurus Hal Ehwal Akademik) , Pn Nur Hazwani Hamdan (Penyelaras Unit Sains Komputer) dan Pn Normaznizam Nawi (Penyelaras Unit Pengurusan).
Penyertaan ini membolehkan peserta memahami secara lebih mendalam proses penyediaan dokumen CAR dan PAR seterusnya memastikan penambahbaikan kualiti berterusan akademik dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut kaedah pembelajaran berasaskan hasil.

Penyertaan wakil KTD dalam bengkel ini juga diharap dapat memperkasa sistem dokumentasi akademik kolej, selain memperkukuh hubungan strategik dengan UTM sebagai institusi rakan kerjasama. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan akademik di KTD.
Sumber daripada Hal Ehwal Akademik